Masalah keradangan Kronik : Punca dan Cara Mencegah

inflamasi / keradangan, adalah apabila badan anda respon kepada penyakit, kecederaan atau benda yang bukan daripada badan anda seperti kuman dan juga toxic chemical. Keradangan ini adalah normal dan proses penting untuk badan anda sembuh.

Inflamasi / keradangan adalah proses normal penyembuhan, menunjukkan yang proses ini alert dengan kecederaan dan juga membuang rangsangan lebih berbahaya.

Keradangan adalah cara badan anda melawan penceroboh yang boleh menyebabkan jangkitan, serta menjadi sebahagian daripada proses penyembuhan, dengan cara ini, keradangan adalah perkara yang baik, kerana ia melindungi badan anda.

Walau dinyatakan Keradangan ini adalah proses yang normal dan baik untuk proses penyembuhan badan anda, Terdapat juga keradangan yang kronik (Cronic Inflammation) yang boleh menjejaskan lagi kesihatan anda.Keradangan yang kronik ini adalah apabila keradangan berlaku tanpa kecederaan atau penceroboh ( bakteria ) yang boleh menyebabkan keradangan kronik yang boleh merosakkan tisu yang sihat, dan boleh meningkatkan risiko seperti kanser, penyakit jantung, arthritis dan juga diabetes.

APA PENYEBAB KERADANGAN KRONIK INI?

  1. GAYA MAKAN YANG TIDAK SIHAT.
  • Gula yang berlebihan : Kadar pengambilan gula harian secara berlebihan boleh menaikkan risiko keradangan kronik, antara sebab anda mengambil gula berlebihan adalah dari air manis, makanan yang diproses ( donut, kek, etc ).
  • Makanan yang mempunyai lemak yang berlebihan : Makanan yang mempunyai lemak tepu seperti makanan yang bergoreng, makanan segera ( nugget, pizza, fries, burger ), dan bahan lemak seperti majerin.
  • Makanan yang diproses : makanan yang mengandungi bahan pengawet, pewarna buatan, dan juga perasa tambahan juga boleh menyebabkan keradangan kronik.
  • Kurang serat, anti oksidan dan nutrient yang diperlukan : Kurang mengambil sayur sayuran, buah buahan juga boleh jadi punca untuk menghidap keradangan kronik dalam jangka masa yang Panjang, ianya kerana tubuh badan kita tidak mendapat nutrient yang cukup untuk melawan radikal bebas dan keradangan.
  1. STRESS YANG BERLEBIHAN
  • Stress yang berterusan boleh menyebabkan tubuh menghasilkan hormon kortisol secara berlebihan, kortisol ini adalah hormon stres yang membantu tubuh untuk Bersiap sedia untuk menghadapi stress, ia meningkatkan kadar gula dalam darah, meningkatkan energi dan menyiapkan badan untuk melawan stres atau melarikan diri dari stres itu.
  1. KURANG TIDUR
  • Tidur adalah satu komponen penting dalam tubuh kita untuk memulihkan semula sel sel dalam badan utuk kekalkan kesihatan yang optimum, jika kurang tidur, badan kita akan tidak tidak dapat memulihkan sel sel yang sepatutnya dibaik pulih, kekurangan tidur akan meningkatkan risiko keradangan, kekurangan tidur juga akan menyebabkan fungsi sistem imunisasi akan menjadi terlalu aktif.
  1. PENDEDAHAN PADA PENCEMARAN DAN BAHAN KIMIA
  • Situasi ini adalah seperti anda di tempat yang udaranya dicemari, asap rokok, dan juga pendedahan pada bahan kimia atau racun perosak juga satu faktor untuk memberi respon keradangan dalam tubuh, terutamanya di bahagian paru paru, yang boleh menyebabkan kerosan tisu.
  1. JANGKITAN YANG BERTERUSAN
  • Jangkitan kronik oleh bakteria, virus, atau parasite yang tertentu boleh menyebabkan keradangan yang berpanjangan seperti HIV, jangkitan hepatitis C yang boleh menyebabkan keradangan hati yang berlarutan.
  1. LEMAK BERLEBIHAN DALAM BADAN
  • lemak badan terutamanya dibahagian perut akan menghasilkan sitokin pro dalam badan, menyebabkan keradangan dalam badan, semakin banyak lemak dalam badan, semakin tinggi risiko untuk mengalami keradangan kronik.
  1. PENYAKIT AUTOIMUN
  • Penyakit autoimun seperti lupus dan arthiris menyebabkan sistem imun menyerang tisu badan sendiri, menyebabkan keradangan yang berpanjangan di sendi dan juga organ lain.

Cara mencegah keradangan kronik

  • 1. Amalkan makanan anti-keradangan:

    Sayuran hijau ( bayam, brokoli, kale yang kaya dengan antioksidan )

    Ikan berlemak ( salmon, sardin, mackerel ) ikan yang kaya dengan asid omega 3.

    Buah buahan ( epal, buah delima, nenas, oren ) buah buahan yang kaya dengan anti oksidan dan juga komponen komponen penting untuk membantu mengurangkan keradangan.

    Kunyit, Halia ( kunyit mempunyai kurkumin, sebatian aktif yang sangat berkesan
  • Makanan yang perlu dielakkan

    Gula tambahan ( minuman bergula, pastri dan gula gula )
    Makanan yang diproses ( mee segera, kentang goreng, kerepek )
  • 2. Kekal kan berat badan yang sihat

    Obesiti adalah satu faktor utama yang menyumbang kepada masalah keradangan kronik kerana tisu lemak (terutamanya lemak visceral) boleh menghasilkan sitokin pro-radang.
    Dengan mengekalkan berat badan yang sihat, anda boleh mengurangkan risiko keradangan.

    3. Selalu bersenam

    Senaman yang konsisten selama 30 minit ke 1 jam dapat mengurangkan risiko keradangan kronik, Aktiviti fizikal membantu mengawal berat badan, meningkatkan aliran darah dan dapat membantu merangsangkan pelepasan bahan kimia di dalam badan anda.

    4. Tidur yang berkualiti

    Tidur yang mencukupi selama 7-8 jam adalah sangat penting kerana ia dapat membantu tubuh memperbaiki dan memulihkan tisu serta menyeimbangkan imun sistem, tidur yang cukup juga membantu mengurangkan tahap hormon stres dan risiko keradangan.

    5. kawal stres

    Stres yang kronik akan meningkatkan hormon kortisol, yang boleh mencetuskan masalah keradangan, amalkan relaksasi seperti yoga, pernafasan dalam dan juga senaman yang teratur, teknik ini dapat meredakan masalah stres sekali gus dapat mengurangkan risiko keradangan kronik.

    6. Ambil supplemen yang sesuai ( Jika perlu )

    Supplemen yang menawarkan nutrisi seperti Omega-3, kurkumin, probiotik, dan Cordyceps militaris juga boleh membantu mengurangkan keradangan, akan tetapi, disarankan untuk merujuk pada doktor terlebih dahulu sebelum memulakan pengambilan mana mana supplemen untuk mendapat manfaat yang sempurna mengikut kondisi badan anda.

    7. Minum air secukupnya

    Minum banyak air masak membantu menyingkirkan toksin dalam badan, dan menyokong fungsi sendi dan juga otot, minum air secukupnya setiap hari juga membantu pencernaan badan anda, sekali gus membantu masalah keradangan.

    Umumnya kita perlu meminum air sebanyak 8 gelas sehari ( sekitar 2 liter ), tetapi ianya juga bergantung kepada keadaan dan juga individu, Cara terbaik untuk mengekalkan hidrasi adalah untuk minum air bila-bila sahaja apabila anda rasa haus, dan pastikan air urine anda jernih atau kuning pucat untuk menanda kan yang anda meminum air yang cukup.

    8. Amalkan probiotik dan prebiotik

    Probiotik dan prebiotik sangat bagus untuk kesihatan usus anda, justeru Kesihatan usus yang baik juga memainkan peranan untuk mengurangkan masalah keradangan, probiotik boleh didapati di makanan seperti ( Yogurt, kefir, kimchi, tempe ). untuk prebiotik pula adalah seperti ( bawang putih, bawang merah, pisang, barli ), makanan ini membantu menjaga keseimbangan bakteria baik dalam usus, yang penting untuk kesihatan keseluruhan.

Dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, diet yang baik, dan juga aktiviti harian yang aktif, anda boleh mencegah masalah keradangan kronik dengan lebih efisen, pencegahan adalah kunci untuk mengelakkan komplikasi kesihatan dalam jangka yang panjang, jadi mula kan lah pencegahan ini sekarang untuk masa depan yang lebih sihat.